BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 20, 2012

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK..

Alhamdulillah syukur sangat diberi peluang oleh ALLAH swt untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ini lagi. Ramadhan penghulu segala bulan, bulan yang penuh dengan KEBERKATAN dengan ganjaran yang berlipat kali ganda dan juga bulan Pengampunan. InsyaAllah Aku berazam untuk menjadikan Ramadhan tahun ini Ramadhan yang terbaik sepanjang penghidupan kerana Ramadhan tahun hadapa...n belum tentu akan bersua lagi… Sempana menyambut bulan Ramandhan yang mulia ini kami di Butik Pengantin Marlynn Afzan mengucapkan kepada seluruh warga kerja Butik Pengantin Marlynn Afzan Selamat Berpuasa dan sama sama kita perbanyakan amalan yang kekurangan selama ini.. Tidak lupa juga kepada semua pelanggan kami yang dihormati semoga segala amalan di Bulan Ramadhan ini mendapat berkat dan diterima oleh Nya InsyaAllah... Untuk Pengetahuan, kami akan beroperasi di bulan Ramadhan ini dari pukul 10 pagi sehingga pukul 3.30 petang sahaja bagi memudahkan persiapan berbuka puasa para muslimin & muslimat sekelian.. Terima Kasih & Salam Ramadhan Al-Mubarak.. Lynn Afzan 016-635 7422

0 comments: